Tuesday, March 19, 2019

Selalu client akan tanya mana company insuran yg terbaik ye?

Soalan mcm ni da cliche sgt sy dengar lalu sy pn menjawab dgn tenang haha

Saya mewakili 1 dari 9 Takaful operation kat Malaysia nie dan Setiap syarikat ader lebih n kurangnya. Kalu En Client tanya saya, mesti saya cakap AIA terbaik. N kalu En Client tanya Syarikat lain, dorg pn akan jawab dorg yg terbaikk. At the end, En Client akan dapat kekeliruan

Maka pihak terbaik yg En Client boleh tanya adalah bahagian insurance di hospital swasta. Telepon la beberapa hospital swasta n tanya la mereka, Syarikat Takaful mana yg antara 3 terbaik dalam pengurusan claim n process masuk/keluar hospital nie x menyusahkan pemegang policy. 

Maka x de la jawapan berat sebelah yg En Client terima

Sunday, March 17, 2019



MEDICAL CARD TERMAMPU MILIK TAPI COVERAGE UNLIMITED! 😱
.
MANA NK CARI PLAN MEDICAL CARD YG MAMPU MILIK MCM NI??
X RISAU KE DENGAN KOS RAWATAN HOSPITAL YG SMAKIN MAHAL??
BUDGET TAKUT XCUKUP??

USAH RISAU!
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
.
AIA MENAWARKAN SATU-SATUNYA PLAN MEDICAL CARD STANDALONE DI MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PAKEJ:-
.
1. INDIVIDU (RM67)+
2. PASANGAN (RM138)+
3. IBU & ANAK (RM258)+
4. BAPA & ANAK (RM258)+
5. SATU FAMILY (RM340)+
.
MURAHNYA! 😱😱😱
***Kadar Caruman Tertakluk Pada Umur/Pekerjaan/Kesihatan***
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   APA BESTNYA MEDICAL CARD AIA NI??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
✔ Perlindungan UNLIMITED seumur hidup
✔ Had tahunan 100,000 - 1.5 Juta SETAHUN
✔ NO CO-INSURANS (deductible)
✔ ELAUN HOSPITAL
✔ Setiap ahli keluarga akan mendapat MEDICAL CARD SENDIRI(family plan)
✔ TIADA PERKONGSIAN had limit
✔ SWIPE kad untuk kemasukan hospital tanpa perlu beratur
✔ Urusan GL & customer service 24 jam
✔ Lebih 90 PANEL HOSPITAL swasta seluruh Malaysia
✔ Guaranty renewal
✔ Perlindungan sehingga 100 TAHUN!
✔ The first company yg cover 39 PENYAKIT KRITIKAL


Shukri Johari
Fulltime AIA Advisor
010-335 6252 / 010-202 6214

Kami bantu ikut kemampuan anda!
================================

Monday, February 25, 2019

Insuran kemalangan peribadi?

Insurans kemalangan peribadi ataupun personal accident adalah satu perkara penting dalam kehidupan kita, yang ramai orang tak berapa perasan. Pada asasnya, ia adalah polisi tahnuan yang memberi anda perlindungan komprehensif terhadap malang yang tidak dijangka di depan hari.
Oleh kerana malang tak berbau, polisi seumpama ini akan memberi anda rasa dilindungi bila anda tahu anda dan orang tersayang mempunyai perlindungan yang cukup sepanjang masa. Namun, perhatikan bahawa setiap insurans kemalangan peribadi berbeza dari segi perlindungan yang diberi. Selalunya, ramai dari kita tak begitu beri perhatian kepada liputan perlindungan dan syarat-syaratnya. Contohnya, polisi mengecualikan perlindungan ke atas kes bunuh diri, kematian semasa beranak dan lain-lain jenis kemalangan. Juga, nilai perlindungan berbeza bergantung kepada jenis polisi yang anda beli.

Sejauh mana pentingnya insurans kemalangan peribadi?

Perkara pertama yang bermain di fikiran kita ialah keperluan perlindungan kemalangan peribadi. Anda mungkin telah buat perkiraan sepintas lalu mengenai kemalangan yang pernah anda lalui pada masa lepas. Sebenarnya, sesetengah dari kita memang perlukannya dan sesetengah dari kita mungkin termasuk dalam golongan yang bernasib baik dan tidak memerlukannya. Tapi macam mana kita nak tahu kita masuk golongan mana? Kemalangan tak diundang, namun ianya berlaku.
Mengikut hukum lazim, anda mungkin memerlukannya. Ini sebabnya:

Kemalangan tak dapat dijangka

Dalam kehidupan kita sentiasa bergerak. Setiap hari kita membuat perjalanan ke tempat kerja dan menghadapi situasi baru. Statistik kemalangan jalan raya pada tahun-tahun kebelakangan tidaklah memuaskan dan mengambil langkah berhati-hati sahaja tak mencukupi. Kemalangan jalan raya satu hal, tetapi juga macam-macam kemalangan boleh berlaku di rumah. Tiada tempat yang terkecuali, tapi kita juga tak perlu hidup dalam ketakutan. Mempunyai polisi kemalangan peribadi memberi anda sedikit kelegaan dan kawalan atas perkara yang tidak terjangka.

Insurans tempat kerja anda tak memadai

Kadang-kadang kerja anda mungkin mempunyai risiko fizikal dan insurans tempat kerja tak mencukupi. Ini kerana insurans jenis ini liputan perlindungannya adalah atas budi bicara majikan dan selalunya terhad. Jadi mendapatkan polisi kemalangan peribadi akan memberi anda kebebasan memilih pelan yang sesuai dan perlindungan yang anda benar-benar perlukan.

Simpanan anda mungkin tak mencukupi semasa menghadapi peristiwa yang tak diingini

Tak pelik kalau dikatakan bahawa kebanyakan dari kita tak ada simpanan lansung atau kecil jumlahnya. Kita melalui cara hidup yang tidak terjangka dan ramai yang hidup di bawa arus. Bagaimana anda nak menanganinya bila rutin biasa anda dicelah oleh kemalangan? Adakah anda dapat bayar yuran perubatan yang kosnya beribu-ribu ringgit atau lebih? Sudahlah anda cedera, ini pulak kena fikir nak bayar belanja hospital dan lain-lain kos berkenaan kecederaan. Paling teruk lagi ialah nasib orang tersayang sekiranya terjadi kemalangan yang membawa kematian. Polisi kemalangan peribadi dapat bantu anda membantu mereka menghadapi kesempitan kewangan yang mereka mungkin kena lalui.
Terdapat banyak faktor penting mengapa anda perlu dapatkan insurans kemalangan peribadi. Namun, bergantung kepada anda untuk pilih polisi insurans kemalangan peribadi yang memberi perlindungan yang diperlukan.

Wednesday, February 20, 2019

"FREE WAIVER" maksudnya biler didiagnose salah satu 39 penyakit kritikal atau cacat kekal menyeluruh, maka takaful akan jadi FREE


contoh, client di diagnose Breast Cancer..stage critical..sebab client ambik benefit "FREE WAIVER" so, client layak untuk dapat caruman PERCUMA kerana penyakit kritikal..Segala manfaat pada policy masih boleh digunakan.


Bila dah sakit, mungkin sampai ke tahap tak mampu bekerja untuk tempoh masa yang lama..bila dah sakit masa tu lah anda sgt memerlukan insurans.. Tapi kalau dah terlalu lama x kerja, income kurang atau mungkin tiada.mungkin policy pun x mampu bayar.. Itulah kepentingan benefit "FREE WAIVER"

if parent ada mengambil rider PAYOR atau WAIVER utk anak pula, sama jugak policy akan WAIVE untuk anak disebabkan parent tersebut sudah terkenal penyakit kritikal atau lumpub kekal.

Cuba check policy korang ada x benefit ni?? kalau x pasti meh sy review kn untuk lihat apa yg kurang

Moga sedikit ilmu ini bermanfaat...


Shukri Johari
Fulltime AIA Takaful Advisor
010-3356252

RENEW ROADTAX & INSURAN KENDERAAN

NAK RENEW ROAD TAX DAN TAKAFUL KENDERAAN TAPI XDE MASA??

✅ Road Tax dan Takaful Dah Tamat/Hampir Tamat?
✅ Tiada Masa ke JPJ/Pej.Pos?
✅ Susah Kena Drive & Cari Parking?
✅ Selalu lupa nak renew 😢
✅ Kenderaan lebih 10tahun takut MAHAL?
.
.
*KINI LEBIH MUDAH & JIMAT*

✅ Kenderaan lebih 10thn TIADA LOADING!
✅ Penghantaran Sijil Takaful & Road Tax Ke Seluruh Malaysia Melalui Myeg/Poslaju
✅ Reminder untuk RENEWAL setiap tahun
✅ Bantuan servis / claim untuk anda
✅ Dijamin puas hati!
.
.
Hubungi:
 wasap.my/60103356252/QuotationRoadTax&Takaful


Shukri Johari
Fulltime General & Life insurans agent

Thursday, January 31, 2019


Sayapengiraan asas pembahagian faraid rasa dah lama tidak menulis tentang topik berkaitan pewarisan harta (wealth distribution), jadi untuk artikel kali ini saya nak tulis sedikit berkenaan topik tersebut, dan saya pilih tajuk pengiraan asas pembahagian faraid dalam al-Quran.
Seperti yang pernah saya tulis, dan saya yakin ramai yang dah tahu, faraid merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam pengurusan dan pembahagian harta pusakaorang Islam.
Dalam pengurusan harta pusaka orang Islam, selepas digunakan untuk bayaran pengurusan jenazah, penyelesaian hutang, pembahagian harta sepencarian, menunaikan hibah, amanah dan wasiat, maka faraid akan digunakan untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada semua waris yang berhak.
Ramai yang tahu bahawa faraid sangat penting dalam pengurusan harta pusaka, tetapi ramai yang tidak berminat untuk belajar tentang faraid.
Hal ini menyebabkan banyak kekeliruan timbul berkaitan faraid yang mana menyebabkan banyak masalah timbul dalam pengurusan harta pusaka orang Islam.
Faraid adalah yang terbaik untuk pengurusan harta pusaka kerana mengambil kira semua aspek terutama keadilan kepada semua waris yang berhak, tetapi dek kerana kurangnya ilmu di kalangan masyarakat, banyak salah faham timbul berkaitan faraid.
Contohnya, apabila berbicara tentang faraid, ramai yang hanya tahu tentang hak, tetapi tidak ambil kisah tentang tanggungjawab.
Sebenarnya, faraid melibatkan kedua-dua aspek hak dan tanggungjawab.
Memang betul dalam pembahagian faraid ada dinyatakan hak setiap waris, tetapi perlulah ingat bahawa harta yang dibahagikan tersebut datang bersama-sama tanggungjawab.
Sebagai contoh, apabila si mati ada meninggalkan isteri dan anak-anak bawah umur yang masih kecil, waris-waris lain yang turut menerima bahagian faraid harta pusaka si mati haruslah ingat bahawa mereka turut bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri (balu) dan anak-anak yang ditinggalkan si mati.
Sebab itulah, amat penting untuk kita belajar berkenaan pengurusan harta pusaka khususnya berkaitan pembahagian faraid supaya tidak lagi timbul salah faham dan kekeliruan berkenaan perkara tersebut.
Baiklah, sebagai permulaan, marilah kita belajar berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran.
Ya, pengiraan asas pembahagian faraid ada dinyatakan dalam al-Quran, iaitu ayat 11 dan 12 surah an-Nisa’
Mari kita renungi dahulu firman Allah S.W.T dalam ayat 11, surah an-Nisa’:
pengiraan asas pembahagian faraid
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.
Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat ini, beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta adir-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik lelaki
pengiraan asas pembahagian faraid
“Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu.
Dan jika si mati itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya adalah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.”
Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:
  • Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami adalah satu perempat (1/4)
  • Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/6) (dibahagikan sama rata daripada 1/6 tersebut jika isteri lebih daripada seorang). Tetapi, sekiranya suami tersebut mempunyai anak, maka bahagian isteri adalah satu perlapan (1/8) (dibahagikan sama rata daripada 1/8 tersebut jika isteri lebih daripada seorang)
  • Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan bapa, datuk dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi mempunyai saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, maka bahagian mereka adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya diserahkan kepada baitulmal. Tetapi, sekiranya saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang, maka bahagian mereka adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara mereka, manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal
  • Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, tetapi mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, maka bahagian mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian)
Itulah panduan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran, panduan atau manual kehidupan kita semua yang sebenarnya.
Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.
Maka, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid.
Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:
pengiraan asas pembahagian faraid

Sunday, January 20, 2019


Late night submission Takaful..Tq for ur trust..

katanya risau lepas lihat rakan sekerja warded tempoh hari membuatkan beliau aware akan kepentingan medical card ditambah pula dgn kos perubatan yg smakin mahal skrg nih..

Alhamdulillah makin ramai yg dah aware akan kepentingan Takaful..

Shukri Johari
Fulltime AIA Public Takaful Advisor
010-3356252